Monday, 30 January 2017

Barakah Practice Ana Edar

Pengamalan: BARAKAH PRACTICE


BARAKAH PRACTICE merupakan standard baharu di dalam pengurusan Ana Edar Sdn Bhd yang bermotokan ‘Agenda Transformasi Ummah’. Pengamalan BARAKAH PRACTICE ini merangkumi semua tahap yang bermula dari pengurusan staf, pengurusan kilang dan pengurusan Rakan Niaga. 

Objektif utama BARAKAH PRACTICE adalah untuk mendapatkan keberkatan dan keredhaan daripada Allah Taala.



Apa itu BARAKAH PRACTICE?


Sebuah piawaian yang menitikberatkan soal keberkatan dengan menerapkan tuntutan dan adab-adab Islam dalam setiap aspek perniagaan. Piawaian ini merangkumi sudut pengilangan, pengurusan, pemasaran dan kepenggunaan.

Aspirasi BARAKAH PRACTICE adalah untuk menggarap keredhaan dan barakah Ilahi dalam setiap sudut kehidupan khususnya kegiatan mencari rezeki yang halalan toyyiban. Demi mencapai maksud ini, piawaian BARAKAH PRACTICE berpaksikan Al-Quran dan As-Sunnah yang sahih bagi mengenalpasti tuntutan dan amalam wajib setiap Muslim dan juga amalan umum yang sangat digalakkan.
Dari aspek pengilangan, BARAKAH PRACTICE menitikberatkan hasrat dan halatuju industri pengilangan itu sendiri. Sumber dan kesucian bahan mentah, proses pengilangan yang menghormati adab & akhlak Islam serta penghasilan produk yang benar-benar memberi kesan kepada kualiti hidup pengguna.

Prinsip Utama BARAKAH PRACTICE (T7i)
  • ILMU
  • IBADAH - Iktibar & Ikhlas
  • ISLAH/INFAQ - memberi kebaikan
  • ITQAN - Bersungguh-sungguh
  • ISTIQAMAH  - konsisten
  • IHSAN  - empati 
  • IKHWAN - 
  • TAKWA - Paksi 


Mengapa BARAKAH PRACTICE?

Nadi Utama Ana Edar Sdn Bhd

Menggarap redha dan keberkatan Ilahi adalah paksi utama di dalam Jihad Bisnes Ana Edar Sdn Bhd. Perniagaan bukanlah semata-mata bermatlamatkan keuntungan. Pingcang diakhirnya sekiranya tujuan sebuah bisnes hanyalah laba berlipat ganda. Apa jua aktiviti dalam kehidupan kita, keredhaan Allah wajib dicari dan diburu. 

Landasan Jihad Bisnes
Menepati namanya, BARAKAH PRACTICE menjadi tulang belakang kepada Jihad Bisnes di Ana Edar Sdn Bhd. Dengan hasrat, redha ditelusuri dalam setiap aktiviti, barakah dikecapi dalam setiap produktiviti, Ana Edar yakin, misi memburu barakah ini mampu untuk dilaksanakan.

Produk Patuh Syariah
Berdasarkan piawaian BARAKAH PRACTICE, setiap produk yang dihasilkan menepati syarat Halalan Toyyiban yang menitikberatkan keberkatan dan keredhaan selain kebersihan.

Pembentukan Akhlak Usahawan
Antara matlamat utama BARAKAH PRACTICE ialah untuk melahirkan usahawan yang tidak hanya berjaya mengecapi kemewahan dunia, tetapi juga kemewahan akhirat. Umum mengetahui, bisnes adalah sunnah sekiranya dijalankan mengikut tatacara Islam

Penanda aras Kejayaan
Usaha kita di dunia, sekiranya lurus mengikut Ak-Quran dan As-Sunnah, maka akan terpancarlah tanda-tanda Barakah darinya. Apakah tanda-tanda Barakah? Ikuti sesi Training BARAKAH PRACTICE yang di adakan di HQ Ana Eda Sdn Bhd. InsyaAllah, jawapannya ada di sana.


sumber : Ana Edar


No comments:

Post a Comment